Monday 8 August 2011

BCT 303-BINAAN BANGUNAN 2 (BAB 2)

BAB 2
Kerja
penyiasatan tapak

PENGENALAN

¨Pihak jurutera adalah orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sesebuah projek pembinaan iaitu dalam merekabentuk dan merancang keperluan asas sesebuah bangunan.
¨Asas bangunan adalah merupakan struktur bangunan yang ditanggung oelh tanah.
 ¨Sifat semulajadi tanah tidak boleh diubah, oleh itu perlu diketahui keadaan sebenar tanah bagi merekabentuk struktur asas sesebuah bangunan. 
¨Ini boleh dilakukan dengan menjalankan penyiasatan tapak di taapk binaan tersebut.

OBJEKTIF PENYIASATAN TAPAK 
¨Untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan keadaan tanah di berbagai lokasi dan kedalaman di kawasan tapak cadangan pembinaan.
¨Mengenalpasti atau mendapatkan lokasi, susunan, ketebalan dan kekuatan setiap strata tanah termasuk jenis-jenis tanah, ketegasan struktur dan stratifikasinya. Mendapatkan jenis, kekerasan, keterangan serta kedalaman batu asas di sesuatu tempat.
¨Mendapatkan kedudukan paras serta tekanan-tekanan air tanah di sesuatu kawasan.
¨Mendapatkan sifat-sifat tanah dengan cara yang terdapat dalam penyiasatan tapak.
 
KEPENTINGAN PENYIASATAN TAPAK
¨Kesesuaian sesuatu tapak binaan terhadap pembinaan yang dicadangkan.
¨Rekabentukmembolehkan rekabentuk yang selamat dan ekonomi disediakan.
¨Pembinaanmerancang kaedah yang paling baik untuk kerja-kerja pembinaan.
¨Kesan terhadap perubahanmengenalpasti perubahan-perubahan yang mungkin terjadi terhadap tanah dan juga keadaan persekitaran samada secara semulajadi atau kesan dari pembinaan yang lepas.
¨Pilihan tapakhasil dari penyiasatan tapak boleh memberi gambaran awal terhadap kesesuaian tapak.
 
KOS PENYIASATAN TAPAK
¨Berbeza-beza bergantung kepada saiz projek, kedalaman penyiasatan dari permukaan bumi, keadaan tanah, jumlah maklumat yang sedia ada.
¨Kos penyiasatan projek yang terletak di tapak yang mempunyai akses yang senang dengan ciri-ciri geologi yang mudah = 0.25% - 1% daripada kos keseluruhan projek.
¨Kos penyiasatan projek yang mempunyai akses susah dan terletak jauh ke dalam hutan dengan geologi yang kompleks = 5% >> daripada kos keseluruhan projek.
 
 PERINGKAT-PERINGKAT PENYIASATAN

 
 
1. KAJIAN MEJA

Untuk mendapatkan maklumat-maklumat awal, yang diperolehi daripada beberapa kajian terhadap dokumen-dokumen lepas.
¨Peta Topo-maklumat asas seperti kedudukan sungai, tasik, kawasan berpaya, kawasan perumahan dsb.
¨Peta Geologimaklumat tentang keadaan geologi sesuatu tempat.
¨Rekod-rekod perlombongantapak yang berhampiran dengan aktiviti perlombongan.
¨Sesalur kemudahanmaklumat sekiranya terdapat kabel-kabel elektrik, teelfon dan paip air bagi mengelakkan kerosakan sesalur tersebut.
¨Laporan kajicuacamaklumat berkenaan taburan hujan dsb.
¨Paras air pasang surutbagi kerja pembinaan berdekatan dengan sungai, pantai dan tasik.
¨Data-data lubang jara (borehole) yang lalu- untuk kawasan yang terlibat atau kawasan bersebelahan untuk membuat perbandingan.
¨Gambar udaramaklumat yang tidak dapat diperolehi dari data peta topo atau peta geologi boleh dirujuk melalui pentafsiran gambar udara.
 
2. TINJAUAN TAPAK
¨Tinjauan tapak dilakukan bagi membolehkan keadaan sebenar tapak dinilai.
¨Maklumat yang diperolehi daripada Kajian Meja akan dibandingkan dengan keadaan sebenar di tapak.
¨Kemungkinan terdapat perubahan yang berlaku di tapak.
¨Kedudukan kabel, keadaan jalan masuk ke tapak, topografi sebenar akan dibandingkan dengan data yang telah dikumpulkan sebelum ini.
 
3. PENYIASATAN TANAH
 
¨2 Kaedah :
            1. Ujian DugaUjian Probe Machintosh
  (rujuk lembaran kerja amali)
                                 - Ujian Kon Tusukan
            2. Pengorekan & Borehole
                      Lubang & Parit Ujian
                      - Gerimit Tangan
                      - Gerimit Mekanik
                      - Penjaraan Tukulan
                      - Pengerudian Putar
 
4. PENSAMPELAN
 
¨Sampel tanah boleh terbahagi kepada 2 iaitu :
   Sampel Terganggu sampel tanah yang telah terganggu struktur molekul dan kandungan lembapannya.
   Sampel Tak Terganggu sampel tanah yang tidak terganggu struktur molekul dan kandungan lembapannya.
¨Empat Teknik Pensampelan :
1)Mengambil sampel terus dari alatan yang dipasang pada pemacu borehole.
2)Pensampelan pacuan
3)Pensampelan putaran (mengambil sampel teras batuan)
4)Blok sampel yang dipotong secara insani menggunakan tangan dari lubang ujian. Akan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak atau silinder. Lilin digunakan untuk membungkus sampel bagi memastikan lembapan dapat dikekalkan.
 
UJIAN MAKMAL
¨Tujuan ujian makmal dijalankan :
1)Untuk mengenalpasti dan mengkelaskan sampel-sampel.
2)Untuk mendapatkan nilai-nilai yang berkaitan dengan objektif-objektif teknikal penyiasatan tapak.
 

 
 

No comments:

Post a Comment