Wednesday 10 August 2011

BCT 303-BINAAN BANGUNAN 2 (BAB 11)

BAB 11

SOKONG BAWAH (UNDERPINING)

KAEDAH SOKONG BAWAH


1)        KAEDAH ASAS JALUR TRADISIONAL

-          merupakan sokong bawah yang paling mudah.
-          Proses ini dimulakan dengan pengorekan lubang segiempat di bawah asas yang sedia ada.
-          Lubang segiempat tersebut digali secara berselang.
-          Lubang tersebut diisi dengan konkrit atau bata sehingga bertemu dengan permukaan sebelah bawah asas.
-          Ruang antara sokong bawah dan permukaan bawah asas konkrit akan disi dengan konkrit halus yang kering dan dipadatkan dengan sempurna.
-          Ini bertujuan untuk mengelakkan pengecutan dan seterusnya mengelakkan enapan.
-          Selepas kerja konkrit atau kerja bata di atas selesai, bahagian yang ditinggalkan pula digali.
-          Panjang setiap lubang adalah antara 1.2 meter hingga 1.5 meter untuk kerja yang normal.
-          Kerja biasanya dibuat untuk 6 lubang bagi setiap operasi. Setelah semuanya siap barulah 6 lubang lagi dibuat.
-          Kadang kala dinding atau tiang tidak selamat jika dikorek di bawahnya. Oleh itu, dinding atau tiang tersebut perlu disokong menggunakan rasuk jarum.



2)     KAEDAH PYNFORD STOOL

-          kaedah ini merupakan ubah suaian daripada kaedah asas jalur tradisonal.
-          Dalam kaedah ini, rasuk konkrit tetulang dimasukkan ke dalam dinding yang akan disokong bawah.
-          Rasuk konkrit tersebut dapat memberi sokongan terhadap dirinya sendiri di samping menjadi asas yang kukuh bagi kerja sokong bawah selanjutnya.
-          Kaedah ini sangat berguna jikalau enapan sekata telah berlaku dan bicuan perlu dilakukan untuk melaraskan struktur tersebut.
-          Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menebuk poket pada dinding yang sedia ada.
-          Kemudian poket tersebuat diisi dengan stool konkrit pratuang atau tupang keluli.
-          Stool tersebut menyokong dinding pada jarak 0.9 meter antara satu sama lain.
-          Selepas semua stool dipasang, bata yang terletak antara stool tersebut dikeluarkan.
-          Seterusnya tetulang keluli dipasang menerusi stool bagi membentuk rasuk konkrit bertetulang.
-          Apabila acuan telah dipasang di kiri dan kanan rasuk, konkrit pun dituang.
-          Setelah itu kerja sokong bawah dapat dimulakan dengan menggali tanah di bawah rasuk tersebut.



2)        KAEDAH CERUCUK MINI

-          Kaedah ini telah dimajukan di Itali dan dikenali sebagai pali radice.
-          Dalam kaedah ini, lubang dengan garis pusat 70 – 300 mm digerek menerusi fabrik bangunan.
-          Gerekan dibuat dengan menggunakan gerudi putar.
-          Lubang ini digerek sehingga 30 meter ke dalam tanah.
-          Kemudian, tetulang dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan diturap.
-          Tetulang tersebut mungkin dalam bentuk sesebatang atau beberapa batang siap disusun seperti sangkar.
-          Melalui kaedah ini, satu ikatan akan diwujudkan antara asas dan struktur.
-          Ini kerana cerucuk mini dibina menerusi bahagian struktur seperti rasuk dan lantai. Cerucuk yang sama juga mungkin melalui asas.
-          Oleh yang demikian, kaedah ini bukan sahaja memberi sokongan di sebelah bawah tetapi juga memperkuatkan bangunan itu sendiri.


No comments:

Post a Comment