Wednesday 6 July 2011

BAB 8 TEMBOK PENAHAN


NOTA KULIAH

BAB 8

TEMBOK PENAHAN

8.1 PENGENALAN

  • DEFINISI : Binaan yang berfungsi untuk menahan tanah yang mempunyai kecerunan yang menyebabkan tanah berada dalam keadaan tidak stabil.
  • Jika dibiarkan tanah berpotensi untuk runtuh.
  • Kecerunan yang membolehkan tanah berada dalam keadaan stabil dikenali sebagai sudut rehat.
  • Sudut ini diukur antara permukaan tanah yang curam dengan permukaan mendatar sebelah bawah.
  • Kebanyakkan jenis tanah mempunyai sudut rehat dalam lingkungan 30 darjah.
  • Oleh itu, apabila sesuatu jenis tanah mempunyai kecerunan melebihi sudut rehat, tembok penahan perlu dibina.

8.1.1 Kesan Air Bumi

  • Air bumi merupakan air yang terkandung dalam bumi.
  • Air bumi turut memberi kesan ke atas kestabilan tanah.
  • Air boleh menambahkan berat tanah dan juga boleh menjadi bahan pelincir antara butir-butir tanah.
  • Akibatnya tanah menjadi tidak stabil.
  • Oleh itu, kewujudan air bumi perlu diambil berat dalam pembinaan tembok penahan.


8.2 FUNGSI TEMBOK PENAHAN

  • Menyokong tanah supaya berada dalam keadaan stabil.
  • Masalah air bumi perlu diselesaikan dahulu dengan cara mengambil kira berat air dalam rekebentuk tembok penahan.
  • Dalam pembinaan tembok penahan perlu dibina wheep hole (lubang salir) agar air di belakang tembok dapat dialir keluar.
  • Beban tambahan yang terdapat di permukaan tanah yang disokong oleh tembok penahan juga perlu diambil kira.
 

















Rajah 1 : Binaan tembok penahan

8.2.1 Bahagian-bahagian Tembok Penahan

  1. Tembok Konkrit : Dibina daripada konkrit. Nisbah bancuhan berdasarkan jenis binaan tembok penahan. Berfungsi menahan beban dan tekanan yang dikenakan ke atasnya dan menstabilkan tanah di belakang tembok.
  2. Wheep Hole (lubang salir) : Mengeluarkan air bumi di belakang tembok bagi merendahkan beban dan tekanan air di belakang tembok.
  3. Konkrit Penapis : Dibina untuk menapis air yang akan disalirkan melalui wheep hole agar ianya tidak tersumbat.


8.2.3 Kegunaan Lain Tembok Penahan


  1. Dalam Kerja Tanah



 















         Rajah 2 : Tembok Penahan Pada Lereng Bukit


  • Tembok penahan digunakan bagi mendapatkan aras pembentukan di lereng bukit.
  • Dua tembok penahan diperlukan, dan kerja pemotongan dan penambunan dilakukan bagi mendapatkan aras pembentukan yang dikehendakki.
  • Tembok penahan digunakan bertujuan untuk menghalang tanah asal di sebelah atas aras pembentukan dan tanah tambun pada aras pembentukan darpada runtuh.












2. Dalam Pembinaan Longkang



 











             Rajah 3 : Tembok Penahan Untuk Longkang

  • Tembok penahan diperlukan bagi mengelakkan aliran air menghakis tebing longkang.
  • Hakisan boleh menyebabkan tebing longkang runtuh.
  • Pembinaan tembok penahan boleh menjadikan tapak di kiri kanan longkang stabil.

8.3 PRINSIP REKABENTUK

  • Tembok penahan perlu dibina kukuh dan stabil bagi menjamin kestabilan tanah yang disokong olehnya.
  • Tembok mungkin akan terbalik sekiranya tanah yang disokong mempunyai beban melebihi keupayaan tanggung tembok tersebut.
  • Tekanan tanah di belakang tembok dikenali sebagai tekanan aktif.
  • Tembok akan stabil sekiranya berat tembok melebihi tekanan aktif. Walaubagaimanapun belanja untuk membina tembok yang besar dan berat adalah terlalu mahal. Oleh itu, tembok penahan perlu dibina kecil bagi menjimatkan kos.
  • Tembok penahan perlu mempunyai kekuatan tambahan untuk terus berada dalam keadaan stabil, iaitu tidak mudah terbalik.
  • Kekuatan tersebut boleh diperolehi daripada tekanan pasif tanah yang mengimbangi tekanan aktif.


 



















       Rajah 4 : Tekanan aktif dan tekanan pasif pada tembok penahan

  • Binaan tembok penahan perlu cukup kukuh supaya tidak retak dan pecah. Ini dapat diatasi dengan dua cara :
1.   Membina tembok tebal dan berat.
2.   Tembok yang nipis diperkukuhkan dengan tetulang bagi binaan konkrit.
§  Kegagalan tembok juga boleh berlaku melalu gelinciran. Biasanya berlaku pada tanah liat apabila terdapat lebihan beban yang ditanggung oleh tembok.
§  Kaedah mengatasinya ialah dengan membina tumit tembok dengan lebih dalam. Sebaliknya sekiranya kegagalan telah berlaku, pergerakan seterusnya boleh dihalang dengan memasang cerucuk keeping di bahagian hadapan tembok sehingga melebihi aras gelinciran di bawah tembok penahan tersebut.


 

                                             






















Rajah 5 : Kegelinciran Tembok Penahan







8.4 : JENIS-JENIS TEMBOK PENAHAN



 











1)         TEMBOK PENAHAN GRAVITY



 

















2)         TEMBOK PENAHAN JULUR



 


















3)         TEMBOK PENAHAN PENEGANG



 





















4)         TEMBOK PENAHAN SAGANG



 




























5)         TEMBOK PENAHAN KRIB


 























                                       
























Rajah-rajah menunjukkan kaedah-kaedah binaan bagi menahan cerun atau menstabilkan cerun.


PENSTABILAN CERUN




STRUKTUR PENAHAN
     
  
















PENYELESAIAN MASALAH


          Konktraktor Bina Jaya telah menyiapkan satu projek penstabilan cerun bukit yang melibatkan pembinaan tembok penahan graviti. Rekabentuk tembok penahan yang dibina adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Selang tiga bulan kemudian, semasa musim hujan, berlaku gelinciran tembok menyebabkan kegagalan tembok menahan cerun bukit tersebut, seterusnya berlaku runtuhan tanah.

          Anda telah ditugaskan untuk menyiasat punca berlakunya kegagalan pada tembok penahan ini, dan bagaimanakah untuk mengatasi kegagalan tersebut.


 


                       














Rajah 6 : Binaan tembok penahan oleh Syarikat Bina Jaya.




No comments:

Post a Comment