Wednesday 6 July 2011

BAB 8 TEMBOK PENAHAN


NOTA KULIAH

BAB 8

TEMBOK PENAHAN

8.1 PENGENALAN

  • DEFINISI : Binaan yang berfungsi untuk menahan tanah yang mempunyai kecerunan yang menyebabkan tanah berada dalam keadaan tidak stabil.
  • Jika dibiarkan tanah berpotensi untuk runtuh.
  • Kecerunan yang membolehkan tanah berada dalam keadaan stabil dikenali sebagai sudut rehat.
  • Sudut ini diukur antara permukaan tanah yang curam dengan permukaan mendatar sebelah bawah.
  • Kebanyakkan jenis tanah mempunyai sudut rehat dalam lingkungan 30 darjah.
  • Oleh itu, apabila sesuatu jenis tanah mempunyai kecerunan melebihi sudut rehat, tembok penahan perlu dibina.

8.1.1 Kesan Air Bumi

  • Air bumi merupakan air yang terkandung dalam bumi.
  • Air bumi turut memberi kesan ke atas kestabilan tanah.
  • Air boleh menambahkan berat tanah dan juga boleh menjadi bahan pelincir antara butir-butir tanah.
  • Akibatnya tanah menjadi tidak stabil.
  • Oleh itu, kewujudan air bumi perlu diambil berat dalam pembinaan tembok penahan.


8.2 FUNGSI TEMBOK PENAHAN

  • Menyokong tanah supaya berada dalam keadaan stabil.
  • Masalah air bumi perlu diselesaikan dahulu dengan cara mengambil kira berat air dalam rekebentuk tembok penahan.
  • Dalam pembinaan tembok penahan perlu dibina wheep hole (lubang salir) agar air di belakang tembok dapat dialir keluar.
  • Beban tambahan yang terdapat di permukaan tanah yang disokong oleh tembok penahan juga perlu diambil kira.
 

















Rajah 1 : Binaan tembok penahan

8.2.1 Bahagian-bahagian Tembok Penahan

  1. Tembok Konkrit : Dibina daripada konkrit. Nisbah bancuhan berdasarkan jenis binaan tembok penahan. Berfungsi menahan beban dan tekanan yang dikenakan ke atasnya dan menstabilkan tanah di belakang tembok.
  2. Wheep Hole (lubang salir) : Mengeluarkan air bumi di belakang tembok bagi merendahkan beban dan tekanan air di belakang tembok.
  3. Konkrit Penapis : Dibina untuk menapis air yang akan disalirkan melalui wheep hole agar ianya tidak tersumbat.


8.2.3 Kegunaan Lain Tembok Penahan


  1. Dalam Kerja Tanah



 















         Rajah 2 : Tembok Penahan Pada Lereng Bukit


  • Tembok penahan digunakan bagi mendapatkan aras pembentukan di lereng bukit.
  • Dua tembok penahan diperlukan, dan kerja pemotongan dan penambunan dilakukan bagi mendapatkan aras pembentukan yang dikehendakki.
  • Tembok penahan digunakan bertujuan untuk menghalang tanah asal di sebelah atas aras pembentukan dan tanah tambun pada aras pembentukan darpada runtuh.












2. Dalam Pembinaan Longkang



 











             Rajah 3 : Tembok Penahan Untuk Longkang

  • Tembok penahan diperlukan bagi mengelakkan aliran air menghakis tebing longkang.
  • Hakisan boleh menyebabkan tebing longkang runtuh.
  • Pembinaan tembok penahan boleh menjadikan tapak di kiri kanan longkang stabil.

8.3 PRINSIP REKABENTUK

  • Tembok penahan perlu dibina kukuh dan stabil bagi menjamin kestabilan tanah yang disokong olehnya.
  • Tembok mungkin akan terbalik sekiranya tanah yang disokong mempunyai beban melebihi keupayaan tanggung tembok tersebut.
  • Tekanan tanah di belakang tembok dikenali sebagai tekanan aktif.
  • Tembok akan stabil sekiranya berat tembok melebihi tekanan aktif. Walaubagaimanapun belanja untuk membina tembok yang besar dan berat adalah terlalu mahal. Oleh itu, tembok penahan perlu dibina kecil bagi menjimatkan kos.
  • Tembok penahan perlu mempunyai kekuatan tambahan untuk terus berada dalam keadaan stabil, iaitu tidak mudah terbalik.
  • Kekuatan tersebut boleh diperolehi daripada tekanan pasif tanah yang mengimbangi tekanan aktif.


 



















       Rajah 4 : Tekanan aktif dan tekanan pasif pada tembok penahan

  • Binaan tembok penahan perlu cukup kukuh supaya tidak retak dan pecah. Ini dapat diatasi dengan dua cara :
1.   Membina tembok tebal dan berat.
2.   Tembok yang nipis diperkukuhkan dengan tetulang bagi binaan konkrit.
§  Kegagalan tembok juga boleh berlaku melalu gelinciran. Biasanya berlaku pada tanah liat apabila terdapat lebihan beban yang ditanggung oleh tembok.
§  Kaedah mengatasinya ialah dengan membina tumit tembok dengan lebih dalam. Sebaliknya sekiranya kegagalan telah berlaku, pergerakan seterusnya boleh dihalang dengan memasang cerucuk keeping di bahagian hadapan tembok sehingga melebihi aras gelinciran di bawah tembok penahan tersebut.


 

                                             






















Rajah 5 : Kegelinciran Tembok Penahan







8.4 : JENIS-JENIS TEMBOK PENAHAN



 











1)         TEMBOK PENAHAN GRAVITY



 

















2)         TEMBOK PENAHAN JULUR



 


















3)         TEMBOK PENAHAN PENEGANG



 





















4)         TEMBOK PENAHAN SAGANG



 




























5)         TEMBOK PENAHAN KRIB


 























                                       
























Rajah-rajah menunjukkan kaedah-kaedah binaan bagi menahan cerun atau menstabilkan cerun.


PENSTABILAN CERUN




STRUKTUR PENAHAN
     
  
















PENYELESAIAN MASALAH


          Konktraktor Bina Jaya telah menyiapkan satu projek penstabilan cerun bukit yang melibatkan pembinaan tembok penahan graviti. Rekabentuk tembok penahan yang dibina adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Selang tiga bulan kemudian, semasa musim hujan, berlaku gelinciran tembok menyebabkan kegagalan tembok menahan cerun bukit tersebut, seterusnya berlaku runtuhan tanah.

          Anda telah ditugaskan untuk menyiasat punca berlakunya kegagalan pada tembok penahan ini, dan bagaimanakah untuk mengatasi kegagalan tersebut.


 


                       














Rajah 6 : Binaan tembok penahan oleh Syarikat Bina Jaya.




Tuesday 5 July 2011

Jadual Pemarkahan....

JADUAL PEMARKAHAN :


BIL

PERKARA
SKOR MARKAH
 Markah Penuh
Markah diperolehi
1
Pelajar dapat membezakan saiz tetulang keluli
9

2
Pelajar dapat mengenalpasti panjang tetulang keluli
9

3
Pelajar dapat mengenalpasti jenis tetulang keluli
9

4
Pelajar dapat menyusun dan menyimpan tetulang keluli dengan kemas dan mengikut saiz dan jenis tetulang keluli.
7

5
Pelajar pandai mengenalpasti tempat simpanan.
5

6
Pelajar dapat melabel jenis-jenis tetulang keluli yang telah disimpan.
7

7
Pelajar membuat kesimpulan berkenaan amali yang dijalankan.
10

8
Pelajar menjalankan amali dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
5

9
Kesimpulan / keputusan / perbincangan


10
Gambar gerak kerja amali
3

11
Kerjasama pelajar dalam kumpulan.
3

12
Kekemasan dan kebersihan kerja dan hasil kerja.
3

13
Perancangan kerja yang tersusun dan teratur.
3

14
Ketepatan masa (hadir kuliah/bengkel)
3


1.0        OBJEKTIF                   

Di akhir pelajaran ini, pelajar dapat;

                                                      i.        Mengenali dan membezakan jenis-jenis tetulang keluli mengikut saiz dan kegunaan.
                                                     ii.        Mengetahui kepentingan kaedah simpanan yang betul dan selamat.
  Menyimpan dan menyusun tetulang keluli dengan kaedah yang betul dan selamat

2.0        PENGENALAN
           
      Tetulang keluli adalah berbeza mengikut saiz, panjang dan jenisnya. Tetulang keluli ini perlulah disimpan dan disusun dengan betul berdasarkan saiz, panjang dan jenisnya; sama ada di tapak bina ataupun di bengkel. Hal ini adalah bertujuan untuk:

1.     Mengelakkan kekotoran seperti minyak, tanah dan lain-lain yang boleh menyebabkan karat dan kerosakan pada tetulang keluli.
2.     Mudah dikenalpasti apabila hendak digunakan.
3.     Mengelakkan keluli bar dari berselerak yang boleh mencacatkan pandangan.
4.     Mudah dikesan sekiranya berlaku kecurian ataupun kehabisan bekalan.

2.1          MENGENALPASTI JENIS TETULANG KELULI
Berikut ialah beberapa jenis tetulang keluli dengan saiz dan kekuatan cirinya:
Bar Keluli
Saiz Nominal (mm)
Kekuatan Ciri (fy) N/mm2

  1. Hot Rolled Mild Steel (BS 4449)
  2. Hot Rolled High Yield Steel (Bs 4449)

  1. Cold Worked High Yield Steel (BS 4461)
      4.    Hard Drawn Steel Wire


Semua Jenis
Semua Jenis sehingga dan termasuk 16
Melebihi 16
Sehingga dan termasuk 16

250
410
460
425
485


2.2        KAEDAH MENYIMPAN TETULANG KELULI

            Terdapat dua keadaan yang berbeza untuk menyimpan tetulang keluli iaitu di tapak bina dan juga di bengkel.

            2.2.1     Penyimpanan di bengkel


2.2.2       Penyimpanan di tapak bina


            Tetulang keluli perlu disusun mengikut saiz, panjang dan jenisnya; supaya mudah dicapai dan dikenalpasti ketika ingin menggunakannya. Dengan ini dapat menjimatkan masa, menjaga kekemasan tapak bina/bengkel dan mengenalpasti tetulang yang memerlukan bekalan tambahan.

Bab 1: Pengenalan binaan bangunan

UNIT 1 :            BINAAN BANGUNAN

1.1        PENGENALAN

-       Proses pembinaan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak binaan untuk memenuhi segala kehendak lukisan dan penentuan yang terkandung dalam sesuatu dokumen kontrak binaan.
-       Kontrak binaan ialah perjanjian yang ditandatangani oleh klien (pemilik projek) dan kontraktor (pihak yang membina).
-       Kontrak binaan hanya menentukan hasil yang dikehendaki dan tidak menentukan  bagaimana cara untuk mendapatkan hasil tersebut.
-       Lukisan dan penentuan hanya memperincikan secara grafik dan bertulis tentang apa yang dikehendaki klien.
-       Klien tidak berhak untuk mempersoalkan hasil yang telah disiapkan, tetapi tidak berhak campur tangan dari segi kaedah atau cara pembinaan.

1.2          PERANCANGAN

-       Perancangan kerja yang lengkap perlu disediakan oleh kontraktor sebelum memulakan sebarang kerja-kerja binaan di tapak.
-       Ini kerana, proses pembinaan bangunan melibatkan banyak jenis kerja yang memerlukan kemahiran yang berlainan.
-       Juga melibatkan banyak jenis sumber yang berlainan.
-       Banyak pihak yang terlibat seperti kontraktor kecil, pembekal, pihak berkuasa tempatan dan perunding; yang perlu mengetahui bilakah perkhidmatan mereka diperlukan.
-       Oleh yang demikian, perancangan kerja yang lengkap diharapkan dapat menyelaraskan kerja berbagai-bagai pihak ini, supaya kerja binaan dapat berjalan lancar.
-       Selain itu perancangan kerja juga dapat digunakan oleh klien untuk mengawasi kemajuan kerja.

1.3          PERINGKAT PEMBINAAN

-       EMPAT PERINGKAT PEMBINAAN :
Ø  PENYEDIAAN TAPAK
Ø  STRUKTUR BAWAH
Ø  STRUKTUR ATAS
Ø  KERJA LUAR
NOTES                  DATE: _________

....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
-       Aktiviti-aktiviti dalam setiap peringkat adalah berbeza-beza megikut keperluan projek dan keadaan tapak.

1.4          PENYEDIAAN TAPAK

-       Penyediaan tapak adalah sangat penting bagi projek binaan yang besar atau tinggi berbanding dengan binaan yang kecil.
-       Aktiviti-aktiviti dalam penyediaan tapak:
Ø  PEMBERSIHAN
Ø  PEMANCANGAN
Ø  KERJA TANAH
Ø  PENYAHAIRAN
Ø  BANGUNAN SEMENTARA
Ø  JALAN SEMENTARA
-       Penyediaan tapak dapat disimpulkan sebagai semua aktiviti yang perlu dilakukan sebelum kerja yang sebenar dapat dijalankan.
-       Aktiviti ini adalah berbeza-beza mengikut keperluan projek dan keadaan sesuatu tapak.
-       Bagi bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah, penyediaan tapak menjadi semakin penting. Ini disebabkan banyak keperluan binaan yang perlu dipenuhi.
-       Antaranya ialah kerja korekan, sokongan tebing korekan, penyahairan, pengangkutan turun naik dan sebagainya.

1.5          STRUKTUR BAWAH

-       Struktur bawah bernaksud semua bahagian bangunan yang terletak di bawah aras permukaan tanah ( di bawah lantai tingkat bawah iaitu di bawah lapisan kalis lembap ).
-       Ini termasuklah kerja cerucuk, asas, tingkat bawah tanah, tunggul tiang, rasuk bumi dan lapisan teras.

1.6          STRUKTUR ATAS

-       Struktur atas bangunan meliputi semua unsur yang terletak di atas lapisan kalis lembap pada lantai tingkat bawah.
-       Ini termasuklah kerangka, lantai tingkat atas, dinding,pintu, tingkap, bumbung dan lain-lain.
-       Struktur atas merupakan bahagian bangunan yang menyediakan ruang aktiviti dan perlindungan kepada penghuninya.



NOTES                         DATE : ______________


................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
1.7          KEMUDAHAN BANGUNAN

-       Kemudahan asas bagi bangunan yang utama adalah bekalan air dan elektrik.
-       Kemudahan-kemudahan lain terutamanya bagi bangunan moden ialah sistem penyaman udara, lif, tangga bergerak, sistem pencegah kebakaran, telefon dan sistem siaraya.
-       Kemudahan bangunan diperlukan bagi melengkapkan keperluan bangunan supaya dapat digunakan dengan selesa.

1.8          KERJA LUAR

-       Kerja luar bermaksud kerja-kerja di luar bangunan seperti pintu pagar, pagar, jalan, tempat letak kereta, longkang, sistem pelupusan kumbahan dan landskap.
-       Bahagian kerja luar dapat memberikan imej tersendiri bagi sesebuah bangunan.
-       Kerja luar biasanya dijalankan di peringkat akhir pembinaan.
-       Ini bertujuan supaya kerja-kerja tersebut tidak terganggu atau dirosakkan oleh kenderaan yang lalu semasa kerja-kerja yang lain sedang dilaksanakan.





























NOTES                         DATE : ______________

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................